Thursday, April 23, 2009

Bantal Daun Gaharu

Ingin TIDUR NYENYAK? Terasa LESU? Keletihan?
Kurangkan DENGKURAN di waktu TIDUR anda...?
Sukar untuk BERNAFAS semasa tidur?
Mengalami Sakit Kepala? Migraine? Pening ?
Ketegangan Fikiran?
Dapatkan Rawatan Aromaterapi dan Terapiutik di rumah anda sendiri!!
Di perkarangan pejabat anda dan di mana sahaja anda berada!!!

Bagaimana caranya?
Milikilah BANTAL ISTIMEWA dari EMBUN. Embun telah berjaya megeluarkan sebuah produk kesihatan & aromaterapi berbentuk bantal yang diperbuat daripada 100% daun gaharu agar dapat membantu anda untuk memiliki tidur yang berkualiti dan nyenyak. Tiada lagi rungutan mengenai DENGKURAN TIDUR anda terlalu kuat dari pasangan mahupun mereka yang tidur berhampiran anda.
Tiada lagi masalah KESUKARAN UNTUK BERNAFAS di waktu tidur dan malam anda. Bagi mereka yang sering mengalami sakit kepala, pening, rasa loya dan muntah, migrain, dan megalami kekusutan fikiran di minda...BANTAL DAUN GAHARU EMBUN dapat mengatasi masalah anda!!
Aroma yang dikeluarkan oleh daun gaharu boleh membantu anda melegakan tekanan, merehatkan fikiran, menyeimbangkan tekanan darah, mempertingkat daya ketahanan mental di samping berupaya mengatasi masalah gementar.Bagi pengamal perubatan tradisional, wangian yang dihasilkan oleh gaharu sering dijadikan sebagai salah satu rawatan terapiutik dalam aromaterapi. Bauan kuat dan semulajadi dari daun dan kayu gaharu sering digunakan bagi merawat pesakit yang mengalami masalah kemurungan dan dipercayai mampu mengurangkan kegatalan serta bengkak pada kulit.

Daun gaharu kering yang digunakan di dalam bantal ini telah menjalani beberapa ujian analisis di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Di antara ujian-ujiannya ialah Analisis GC, Analisis GCMS dan Penyulingan Minyak Pati (skala makmal/besar). Daun Gaharu (kering) mengandungi kandungan minyak yang akan melambatkan proses pereputan dan sekaligus membekalkan aroma di dalamnya. Daun ini juga disahkan tidak mengandungi toksin atau keracunan yang memberi kesan sampingan seperti pening, loya, muntah atau kegatalan pada kulit.

Bantal Daun Gaharu Embun direka dalam dua (2) saiz, sesuai di bawa ke mana sahaja.


PW 001

  • Saiz : 9” x 14” (inci)
  • Berat : 300 gm

PW 002

  • Saiz : 12”x 6“x 5” (inci)
  • Berat : 500 gm

Keistimewaan Bantal Daun Gaharu:
1. Sesuai ditempatkan di ruang tamu, kereta dan bilik tidur.
2. Bantal ini sesuai digunakan di bahagian belakang kepala, leher dan pinggang bagi melancarkan perjalanan darah .
3. Menambahkan kesegaran, ketenangan serta kecergasan badan.
4. Menggantikan udara kotor dengan udara yang segar dan bersih.
5. Mengurangkan kesan alahan.
6. Mengekalkan sistem denyutan jantung, pengaliran darah dan pernafasan melalui aroma Gaharu
.

Friday, April 10, 2009

Sabun Mandian Gaharu Embun

Sabun Mandian Gaharu Embun terdapat di dalam dua jenis iaitu Sabun Lulur Gaharu dan Sabun Teh Gaharu. Kedua-dua sabun ini telah diperkayakan dengan wangian gaharu semulajadi khusus bagi anda yang mahu mendapatkan suasana yang nyaman dengan kesejukan aromaterapi. Sabun Gaharu keluaran Embun diusahakan dengan yakinnya kerana keistimewaan gaharu telah lama dimanfaatkan secara meluas baik dari zaman tradisional mahupun moden. Dipercayai bahawa daun, akar dan kulit gaharu sangat baik digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu untuk dijadikan perubatan selepas bersalin sebagai antibiotik, pencegah kegatalan kulit, jerawat dan lain-lain.
Sabun Lulur Gaharu Embun telah diekstrak dengan wangian dan tissu kayu gaharu khusus untuk memberikan kulit yang bersih dan menghindari kegatalan pada kulit terutamanya bagi mereka yang berkulit sensitif dan mudah menerima alahan. Sabun Lulur Gaharu Embun merupakan satu-satunya sabun badan yang bakal memberikan kesegaran yang berpanjangan disamping menyahkan bau badan yang tidak disenangi.
Sabun Teh Gaharu pula diperbuat daripada pucuk daun gaharu yang telah diproses secara tradisional bagi mendapatkan daun yang berkualiti tinggi. Daun ini akan disuling bagi mendapatkan pati minyak sekaligus memberikan ekstrak teh ke dalam sabun.

Keistimewaan Sabun Gaharu Embun

  • Khusus untukmenghilangkan sel kulit mati
  • Menyembuhkan masalah kegatalan pada kulit, kulit kaki pecah-pecah
  • Memutihkan dan menjaga kelembaban kulit
  • Menghilangkan bau badan
  • Menjadikan kulit lebih anjal, bersih, cerah, licin dan lembut
  • Menyembuhkan dan menghilangkan jerawat

Berat Bersih: 80gm

Teh Gaharu

Teh Gaharu Embun, minuman harian yang sempurna...
Membawa anda ke alam semulajadi yang segar sambil menikmati aroma gaharu yang harum. Memberikan ketenangan dan rasa yang nyaman.

Teh Gaharu dapat meredakan kesan sakit kepala, loya, muntah dan ketegangan. Ia juga berperanan menyelesaikan masalah kesukaran untuk tidur. Bagi wargatua, ahli sukan dan pekerja yang menggunakan kekuatan tenaga, teh ini membantu meringankan sakit / sengal sendi, ketegangan anggota badan dan urat serta mempercepatkan kesegaran dari kepenatan. Teh Gaharu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi dan baik untuk penjagaan tulang. Secara aslinya teh ini dapat meringankan beban penyakit darah tinggi, lemah jantung, gaut, “migraine” dan barah.Teh Gaharu baik untuk sistem pemakanan dan kesihatan.

Minumlah Teh Gaharu untuk menikmati kesegaran dan keistimewaannya yang unggul.

“GAHARU adalah Raja Segala Pokok dan Raja Segala Teh”

Teh Gaharu Embun diperbuat daripada 100% Pucuk Daun Gaharu yang telah diproses secara tradisional.
Persediaan:
Tuangkan air mendidih ke atas setiap uncang teh, rendam selama 1 hingga 2 minit dan hidangkan.
Berat Bersih: 2g / uncang = 20g

Istimewanya Gaharu

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok kayu yang menghasilkan teras atau damar yang wangi bila dibakar. Ia juga dikenali dengan nama Pokok Karas. Di antara nama saintifiknya ialah Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Sub Intergra, Aquilaria Crassna, Aquilaria Sinensis.
Gaharu yang paling banyak dimanfaatkan sebagai aroma, wangian dan haruman yang dikeluarkan dalam bentuk bahan baku (kayu bulatan, cacahan, bubuk) dengan cara membakar secara sederhana dan telah menjadi amalan masyarakat Timur Tengah (seperti Saudi Arabia, Uni Emirat Arab, Yaman, Oman). Bagi masyarakat Cina, Korea, dan Jepang, Gaharu dijadikan sebagai bahan baku industri parfum, ubat-ubatan, kosmetik dan pengawet berbagai jenis asesoris serta untuk keperluan acara keagamaan.
Di Cina kuno gaharu digunakan sebagai ubat sakit perut, perangsang nafsu berahi, penghilang rasa sakit, barah, cirit-birit, tersedak, batu karang, tumor paruparu dan lain-lain. Di Eropah pula, gaharu diperuntukkan sebagai ubat barah. Manakala di India, ia dipakai sebagai ubat tumor usus.
Sejak berabad lamanya, kayu gaharu menjadi bahan berharga dalam menghasilkan barangan kecantikan dan perubatan Antaranya sabun, losyen, syampu, lilin, minyak wangi dan teh. Baunya yg eksotik, harum dan manis mewangi seperti bunga telah digunakan oleh pengamal perubatan dulu kala bagi menyembuh pelbagai penyakit melalui kaedah teraputik daripada pati minyaknya. Malahan dapat melegakan tekanan, merehatkan fikiran, memberikan ketenangan, meyeimbangkan tekanan darah, mempertingkatkan daya ketahanan mental dan berupaya mengatasi masalah gementar. Kayu Gaharu juga dipercayai dapat menyembuhkan demam, kesan luka terbakar, menghalang pengeluaran peluh berlebihan, membantu mengekalkan keseimbangan badan selepas terdedah kepada cahaya matahari, merawat jangkitan kulit seperti jerawat, ulser, ruam serta melegakan kegatalan bagi kulit yang sensitif dan melambatkan penuaan.
Perkembangan teknologi kedoktoran telah mem-buktikan secara klinikal bahawa gaharu dapat dimanfaatkan sebagai ubat seperti anti asmatik, anti mikroba, stimulant kerja saraf dan pencernaan, penghilang tekanan fikiran di minda, sakit perut,asma, hepatitis, sirosi serta pembengkakan hati dan limpa.