Saturday, July 11, 2009

Dapatkan Produk Embun di Pesta Konvo UMT 2009


Jualan produk Embun bersempena:

Majlis Konvokesyen Ke-7 2009



**************************************************************************
Tarikh:
13 - 16 Julai 2009
(Isnin hingga Khamis)

Waktu:
9 pagi - 10 malam

Tempat:
Tapak Konvo
(Gerai No.55 Bersebelahan Dewan Konvokesyen)

Wakil Jualan:
Naemah Bakhir
012 - 4377517
naimbakhir@yahoo.com

Antara produk yang di jual:
Sabun Lulur Gaharu Embun
Bantal Daun Gaharu Embun
Teh Gaharu Embun
Krim Mandian Embun (Pearl + Gaharu)
Losyen Badan & Tangan (Gaharu)

JUMPA DI SANA!!!

Thursday, June 25, 2009

Dapatkan Produk Embun di USJ1

Jangan Ketinggalan untuk memperolehi PRODUK EMBUN yang akan turut mengadakan jualan secara lansung di Pusat Kitar Semula USJ1, Subang Jaya sempena:



HARI KITAR SEMULA USJ 1 2009
"3R : REDUCE, REUSE, RECYCLE"
_____________________________
Tarikh:
28hb Jun 2009 (Ahad)

Waktu:
8.30 pg - 2.00 ptg

Tempat:
Pusat Kitar Semula USJ1, Jalan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya.

Perasmian:
YB Dato' Dr. Hasan Mohd Ali,
Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam.

Anjuran:
Jawatan Kuasa Penduduk
(The Committee of Zon 4 - USJ 1/4
________________________________________________________
Acara-acara yang disediakan:
  • Senamrobik, Line Dance
  • Konvoi Bermotosikal
  • Martial Arts: Silat, Teakwando, Wushu
  • Persembahan Pentas: Nasyid, Drama Cina, Kolattam (Indian Stick Dance)
  • Lion Dance
  • Peraduan Mewarna Untuk Kanak-kanak
  • Sukaneka Rakyat
  • Bola Keranjang 3 sebelah
  • Futsal

Antara Booth-booth terlibat:

CELCOM, OCBC Bank, Baby Drypers, Health Products, Malaya Products (Sccessories), Embun Products, Dendon Marketing (Berus Gigi Mesra Alam), Pelbagai gerai makanan & minuman.


"DATANGLAH BERAMAI-RAMAI"

JUMPA DI SANA!!!!!


Tuesday, June 16, 2009

Krim Mandian Pearl + Gaharu & Losyen Gaharu Embun



Krim Mandian Embun (Pearl + Gaharu) dengan formula yang seimbang di rumus dengan minyak pati gaharu yang mempunyai ejen anti bakteria yang membolehkan kulit menjadi lebih bersih, lembut, dan menyegarkan. Ditambah dengan penggunaan ekstrak mutiara ia dapat menghasilkan sel-sel yang sempurna, dengan kulit yang bersinar.






Losyen Badan & Tangan (Gaharu) Embun di adun dengan minyak pati gaharu utk menjadikan kulit lebih sihat, anjal disamping melicinkan kulit. Khusus untuk penjagaan kulit.

Shampoo & Perapi Rambut (Gaharu) Embun





Syampu Gaharu Embun membantu rambut menjadi lebih lembut, segar dan sihat. Diperkaya dengan Minyak Kelapa dan Haruman Gaharu, syampu ini secara perlahan akan memperbaiki, melembutkan dan meleraikan kekusutan rambut dengan meresapi secara mendalam ke dalam helaian rambut supaya ia menjadi kuat dan semakin tebal.

Perapi Rambut Gaharu Embun adalah satu formula pengamatan halus yang diperkaya dengan haruman gaharu dan telah diadun sesuai untuk semua jenis rambut, sekaligus mengekalkan keseimbangan dan kelembapan untuk kesuburan rambut agar menjadi sihat, lembut dan bersinar. Ia merupakan bahan perapi berorganik untuk membaikpulih, melembutkan dan meningkatkan penampilan dan gaya pada rambut anda.

Thursday, April 23, 2009

Bantal Daun Gaharu

Ingin TIDUR NYENYAK? Terasa LESU? Keletihan?
Kurangkan DENGKURAN di waktu TIDUR anda...?
Sukar untuk BERNAFAS semasa tidur?
Mengalami Sakit Kepala? Migraine? Pening ?
Ketegangan Fikiran?
Dapatkan Rawatan Aromaterapi dan Terapiutik di rumah anda sendiri!!
Di perkarangan pejabat anda dan di mana sahaja anda berada!!!

Bagaimana caranya?
Milikilah BANTAL ISTIMEWA dari EMBUN. Embun telah berjaya megeluarkan sebuah produk kesihatan & aromaterapi berbentuk bantal yang diperbuat daripada 100% daun gaharu agar dapat membantu anda untuk memiliki tidur yang berkualiti dan nyenyak. Tiada lagi rungutan mengenai DENGKURAN TIDUR anda terlalu kuat dari pasangan mahupun mereka yang tidur berhampiran anda.
Tiada lagi masalah KESUKARAN UNTUK BERNAFAS di waktu tidur dan malam anda. Bagi mereka yang sering mengalami sakit kepala, pening, rasa loya dan muntah, migrain, dan megalami kekusutan fikiran di minda...BANTAL DAUN GAHARU EMBUN dapat mengatasi masalah anda!!
Aroma yang dikeluarkan oleh daun gaharu boleh membantu anda melegakan tekanan, merehatkan fikiran, menyeimbangkan tekanan darah, mempertingkat daya ketahanan mental di samping berupaya mengatasi masalah gementar.Bagi pengamal perubatan tradisional, wangian yang dihasilkan oleh gaharu sering dijadikan sebagai salah satu rawatan terapiutik dalam aromaterapi. Bauan kuat dan semulajadi dari daun dan kayu gaharu sering digunakan bagi merawat pesakit yang mengalami masalah kemurungan dan dipercayai mampu mengurangkan kegatalan serta bengkak pada kulit.

Daun gaharu kering yang digunakan di dalam bantal ini telah menjalani beberapa ujian analisis di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Di antara ujian-ujiannya ialah Analisis GC, Analisis GCMS dan Penyulingan Minyak Pati (skala makmal/besar). Daun Gaharu (kering) mengandungi kandungan minyak yang akan melambatkan proses pereputan dan sekaligus membekalkan aroma di dalamnya. Daun ini juga disahkan tidak mengandungi toksin atau keracunan yang memberi kesan sampingan seperti pening, loya, muntah atau kegatalan pada kulit.

Bantal Daun Gaharu Embun direka dalam dua (2) saiz, sesuai di bawa ke mana sahaja.


PW 001

  • Saiz : 9” x 14” (inci)
  • Berat : 300 gm

PW 002

  • Saiz : 12”x 6“x 5” (inci)
  • Berat : 500 gm

Keistimewaan Bantal Daun Gaharu:
1. Sesuai ditempatkan di ruang tamu, kereta dan bilik tidur.
2. Bantal ini sesuai digunakan di bahagian belakang kepala, leher dan pinggang bagi melancarkan perjalanan darah .
3. Menambahkan kesegaran, ketenangan serta kecergasan badan.
4. Menggantikan udara kotor dengan udara yang segar dan bersih.
5. Mengurangkan kesan alahan.
6. Mengekalkan sistem denyutan jantung, pengaliran darah dan pernafasan melalui aroma Gaharu
.

Friday, April 10, 2009

Sabun Mandian Gaharu Embun

Sabun Mandian Gaharu Embun terdapat di dalam dua jenis iaitu Sabun Lulur Gaharu dan Sabun Teh Gaharu. Kedua-dua sabun ini telah diperkayakan dengan wangian gaharu semulajadi khusus bagi anda yang mahu mendapatkan suasana yang nyaman dengan kesejukan aromaterapi. Sabun Gaharu keluaran Embun diusahakan dengan yakinnya kerana keistimewaan gaharu telah lama dimanfaatkan secara meluas baik dari zaman tradisional mahupun moden. Dipercayai bahawa daun, akar dan kulit gaharu sangat baik digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu untuk dijadikan perubatan selepas bersalin sebagai antibiotik, pencegah kegatalan kulit, jerawat dan lain-lain.
Sabun Lulur Gaharu Embun telah diekstrak dengan wangian dan tissu kayu gaharu khusus untuk memberikan kulit yang bersih dan menghindari kegatalan pada kulit terutamanya bagi mereka yang berkulit sensitif dan mudah menerima alahan. Sabun Lulur Gaharu Embun merupakan satu-satunya sabun badan yang bakal memberikan kesegaran yang berpanjangan disamping menyahkan bau badan yang tidak disenangi.
Sabun Teh Gaharu pula diperbuat daripada pucuk daun gaharu yang telah diproses secara tradisional bagi mendapatkan daun yang berkualiti tinggi. Daun ini akan disuling bagi mendapatkan pati minyak sekaligus memberikan ekstrak teh ke dalam sabun.

Keistimewaan Sabun Gaharu Embun

  • Khusus untukmenghilangkan sel kulit mati
  • Menyembuhkan masalah kegatalan pada kulit, kulit kaki pecah-pecah
  • Memutihkan dan menjaga kelembaban kulit
  • Menghilangkan bau badan
  • Menjadikan kulit lebih anjal, bersih, cerah, licin dan lembut
  • Menyembuhkan dan menghilangkan jerawat

Berat Bersih: 80gm

Teh Gaharu

Teh Gaharu Embun, minuman harian yang sempurna...
Membawa anda ke alam semulajadi yang segar sambil menikmati aroma gaharu yang harum. Memberikan ketenangan dan rasa yang nyaman.

Teh Gaharu dapat meredakan kesan sakit kepala, loya, muntah dan ketegangan. Ia juga berperanan menyelesaikan masalah kesukaran untuk tidur. Bagi wargatua, ahli sukan dan pekerja yang menggunakan kekuatan tenaga, teh ini membantu meringankan sakit / sengal sendi, ketegangan anggota badan dan urat serta mempercepatkan kesegaran dari kepenatan. Teh Gaharu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi dan baik untuk penjagaan tulang. Secara aslinya teh ini dapat meringankan beban penyakit darah tinggi, lemah jantung, gaut, “migraine” dan barah.Teh Gaharu baik untuk sistem pemakanan dan kesihatan.

Minumlah Teh Gaharu untuk menikmati kesegaran dan keistimewaannya yang unggul.

“GAHARU adalah Raja Segala Pokok dan Raja Segala Teh”

Teh Gaharu Embun diperbuat daripada 100% Pucuk Daun Gaharu yang telah diproses secara tradisional.
Persediaan:
Tuangkan air mendidih ke atas setiap uncang teh, rendam selama 1 hingga 2 minit dan hidangkan.
Berat Bersih: 2g / uncang = 20g