Friday, April 10, 2009

Istimewanya Gaharu

Pokok Gaharu merupakan sejenis pokok kayu yang menghasilkan teras atau damar yang wangi bila dibakar. Ia juga dikenali dengan nama Pokok Karas. Di antara nama saintifiknya ialah Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Sub Intergra, Aquilaria Crassna, Aquilaria Sinensis.
Gaharu yang paling banyak dimanfaatkan sebagai aroma, wangian dan haruman yang dikeluarkan dalam bentuk bahan baku (kayu bulatan, cacahan, bubuk) dengan cara membakar secara sederhana dan telah menjadi amalan masyarakat Timur Tengah (seperti Saudi Arabia, Uni Emirat Arab, Yaman, Oman). Bagi masyarakat Cina, Korea, dan Jepang, Gaharu dijadikan sebagai bahan baku industri parfum, ubat-ubatan, kosmetik dan pengawet berbagai jenis asesoris serta untuk keperluan acara keagamaan.
Di Cina kuno gaharu digunakan sebagai ubat sakit perut, perangsang nafsu berahi, penghilang rasa sakit, barah, cirit-birit, tersedak, batu karang, tumor paruparu dan lain-lain. Di Eropah pula, gaharu diperuntukkan sebagai ubat barah. Manakala di India, ia dipakai sebagai ubat tumor usus.
Sejak berabad lamanya, kayu gaharu menjadi bahan berharga dalam menghasilkan barangan kecantikan dan perubatan Antaranya sabun, losyen, syampu, lilin, minyak wangi dan teh. Baunya yg eksotik, harum dan manis mewangi seperti bunga telah digunakan oleh pengamal perubatan dulu kala bagi menyembuh pelbagai penyakit melalui kaedah teraputik daripada pati minyaknya. Malahan dapat melegakan tekanan, merehatkan fikiran, memberikan ketenangan, meyeimbangkan tekanan darah, mempertingkatkan daya ketahanan mental dan berupaya mengatasi masalah gementar. Kayu Gaharu juga dipercayai dapat menyembuhkan demam, kesan luka terbakar, menghalang pengeluaran peluh berlebihan, membantu mengekalkan keseimbangan badan selepas terdedah kepada cahaya matahari, merawat jangkitan kulit seperti jerawat, ulser, ruam serta melegakan kegatalan bagi kulit yang sensitif dan melambatkan penuaan.
Perkembangan teknologi kedoktoran telah mem-buktikan secara klinikal bahawa gaharu dapat dimanfaatkan sebagai ubat seperti anti asmatik, anti mikroba, stimulant kerja saraf dan pencernaan, penghilang tekanan fikiran di minda, sakit perut,asma, hepatitis, sirosi serta pembengkakan hati dan limpa.

No comments: